Bilakah Pendaftaran 2021 akan dibuka?
- Pendaftaran 2021 akan dibuka mulai 1 Julai 2020.
Bolehkah saya membuat pendaftaran pada bulan Disember nanti?
- Boleh, jika masih ada kekosongan tempat.
Apa yang saya perlu lakukan untuk mendaftar anak saya?
- Buat temujanji jika ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai kurikulum/program/yuran.
- Semak jumlah yuran pendaftaran yang perlu dibayar berdasarkan umur anak tuan/puan dan pakej yang dipilih.
- Buat bayaran melalui akaun bank IMAN ELC SDN, BHD. Bayaran tunai tidak diterima. Tulis nama anak dan premis di bahagian Recipient Details/Recipient Reference semasa melakukan transaksi online.
- Cetak atau buat salinan slip bank sebagai bukti pembayaran.
- Salinan slip bank perlu diserahkan kepada premis Tadika/Taska/Pusat Jagaan Kanak-kanak yang berkenaan.
- Isi borang daftar online di laman web ini.
- Kepilkan salinan sijil kelahiran, salinan rekod imunisasi dan dihantar ke premis Tadika/Taska/Pusat Jagaan Kanak-kanak yang berkenaan.
Adakah yuran pendaftaran akan dikembalikan sekiranya kami membatalkan kemasukan ke Tadika/Taska?
- Yuran Pendaftaran RM100 tidak akan dikembalikan. Yuran-yuran lain boleh dikembalikan mengikut terma dan syarat.
×