:
Program
Share:


Apakah konsep pembelajaran yang digunapakai di Tadika?

  • Kami menggunakan pendekatan belajar melalui bermain (‘Learning Through Play’). Anak-anak meneroka di dalam ruang pembelajaran tertentu tanpa terbatas kepada buku dan pensil sahaja di dalam kelas.

Sebagai Tadika yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran, apakah program yang digunapakai di Tadika?

  • Tadika IMAN menggunakan modul KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2017) sebagai program dasar.
  • Sebagai nilai tambah terhadap KSPK, kami menerapkan konsep Islamik (‘Islamic integration’) dalam semua tema/modul KSPK.
  • Selain itu kami juga menggunakan modul-modul tambahan sebagai sokongan kepada kaedah pengajaran di Tadika.

Saya difahamkan ujian bertulis tidak diadakan di Tadika IMAN & Taska IMAN. Bagaimana prestasi anak dapat dinilai?

  • Anak-anak dinilai melalui pemerhatian berterusan oleh para guru. Ini adalah selari dengan sistem Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2017) yang tidak membenarkan sebarang ujian bertulis diadakan di Tadika.
  • Prestasi anak akan dimaklumkan semasa perbincangan dua-hala antara guru dan ibubapa semasa Perjumpaan Ibubapa-Guru (Hari Ramah Mesra dan Hari Jalinan Kasih) yang diadakan 3 kali setahun.