:
IMAN ELC (IMAN Early Learning Center)
Share:


MAKLUMAT KORPORAT IMAN ELC

IMAN ELC SDN BHD (305081-T) adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputra yang mengelolakan Rangkaian Tadika IMAN, Taska IMAN dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak IMAN di Johor.

Bermula dengan penubuhan pertama Tadika IMAN Taman Sri Skudai pada tahun 1988 , kini dalam usianya 31 tahun, IMAN ELC mempunyai 22 cawangan rangkaian Tadika IMAN, Taska IMAN dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak IMAN di sekitar Johor Bahru, Kulai, Pasir Gudang, Batu Pahat, Parit Raja, Kluang, Muar dan Pagoh.

IMAN ELC mempunyai 12 cawangan Tadika, 6 cawangan Taska dan 6 cawangan Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Pejabat Urusan IMAN ELC beroperasi di No.16, Jalan Besi 1, Taman Sri Putri, Skudai, 81300 Johor Bahru, Johor.

IMAN ELC beroperasi menjalankan fungsinya sebagai pusat awal kecemerlangan pendidikan berteraskan kepada nilai, budaya dan motto IMAN iaitu ‘Where Good Values Begin’.

VISI IMAN ELC

Menjadi pilihan utama yang dipercayai dalam menerajui pendidikan awal kanak-kanak.

MISI IMAN ELC

  1. Kami adalah entiti tarbiah dan perniagaan.
  2. Kami menyediakan model alternatif pendidikan awal kanak-kanak yang berteraskan Islam dengan moto “Where Good Values Begin”. Model konseptual IMAN meletakkan tunjang kerohanian sebagai paksi dan ianya merentasi kurikulum.
  3. Kami membantu ibu bapa mendidik anak-anak dalam menerapkan nilai dan membentuk sikap agar menjadi “Soleh wa Musleh”
  4. Kami menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang yang membawa rahmah kepada negara, ummah dan alam.

OBJEKTIF IMAN ELC

  • Menyediakan asas pendidikan yang menyeluruh dan seimbang untuk anak-anak pra sekolah .
  • Menyediakan sistem penjagaan dan pengasuhan yang merangsang pertumbuhan serta perkembangan yang positif.
  • Mengamalkan budaya kerja berlandaskan 10 elemen yang menjadi ‘Tunggak IMAN’.
  • Membina guru-guru yang berketrampilan dan bersyahsiah mulia melalui latihan yang terancang dan berterusan.
  • Meningkatkan keuntungan syarikat melalui sistem pengurusan kewangan yang cekap dan strategik.
  • Menjalin hubungan dan perkongsian bijak dengan ibubapa/masyarakat dan agensi kerajaan dalam pendidikan anak-anak.
  • Mengamalkan sistem pengurusan yang cekap, berkualiti dan mesra.
  • Menyediakan pakej latihan untuk guru-guru pra sekolah dan pengasuh nurseri yang mendapat pengiktirafan pihak berkuasa.
  • Meningkatkan penguasaan pasaran melalui penubuhan / pengembangan sebuah tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak setiap tahun.

FALSAFAH PENDIDIKAN IMAN ELC

IMAN ELC bertekad untuk meletakkan batu asas pendidikan berteraskan Islam dalam menyemai dan menyuburkan potensi anak-anak secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan berterusan dalam semua aspek perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Usaha ini adalah ke arah melahirkan anak-anak yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, bersikap positif dan berketrampilan untuk menjadi insan yang bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam.

MOTO IMAN ELC

“WHERE GOOD VALUES BEGIN”