:
Falsafah Pendidikan IMAN
Share:


Falsafah Pendidikan IMAN

Bertekad untuk meletakkan batu asas pendidikan berteraskan Islam dalam menyemai dan menyuburkan potensi anak-anak secara bersepadu, seimbang dan berterusan dalam semua aspek perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intektual.

Usaha ini adalah ke arah melahirkan anak-anak beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, bersikap positif, berketrampilan untuk menjadi insan yang bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam.