:
Objektif Taska IMAN dan Pusat Jagaan Kanak-kanak IMAN
Share:


Objektif:

Anak-anak mencapai tahap pertumbuhan dan perkembangan sesuai dengan tahap umur dari sudut fizikal, sosio emosi, bahasa, kognitif dan rohani.

Menerima pendidikan awal dalam aspek berinteraksi dengan guru, ibubapa dan kawan-kawan.

Anak-anak dibiasakan dengan peraturan dan budaya Islam dalam melakukan sesuatu sehingga melahirkan akhlak yang mulia.

Anak-anak boleh berdikari (dalam mengurus diri) sesuai mengikut peringkat umur.

Anak-anak menerima pengesanan awal dan tindakan segera dapat diuruskan sekiranya terdapat kerencatan dalam perkembangan fizikal, emosi dan mental kanak-kanak(early detection of abnormality in childhood development and advise in follow-up treatment).

Anak-anak mengetahui dan merasai kesan positif daripada hubungan dan kerjasama yang erat di antara ibubapa dan guru.

Anak-anak berada dalam persekitaran fizikal yang selamat, bersih, penuh kasih sayang dan ceria dalam merangsang perkembangan yang sihat.